Thursday, 26 September 2013

Sejarah SK Tunku Abdul Halim

SEJARAH SK TUNKU ABDUL HALIM


PENGENALAN 

Bangunan asal sekolah ini adalah merupakan sebuah bangunan istana lama yang dibina pada awal tahun 50-an. Bangunan sekolah ini terletak di Kampung Baru, Alor Setar membelakangi Istana Kuning berhampiran stesen bas ketika itu.
         Nama sekolah ini diambil sempena nama Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Tunku Abdul Halim Muadzam Shah.
         Berpindah ke kawasan Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium, 05100 Alor Setar pada tahun 1985. Nama Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Abdul Halim ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Halim (perkataan 'Rendah' digugurkan) pada 1 Januari 1998 selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia ketika itu. 

No comments:

Post a Comment